Friday, December 11, 2009

Jam Condong



ni gambar hari tu masa km g amik kakngah km dr teluk intan, pastu g la sat mlawat tmpat nih.

ni sedikit info tentang Menara Jam Condong :


Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China.

Faktor kecondongan dia ni sbb dibina atas struktur tanah yang lembut, faktor lain yang turut menyumbang kepada kecondongan menara jam ini ke arah barat laut, adalah kerana terdapat bebanan tangki yang berisi air pada masa tersebut.


itulah sedikt info nya, sikit kan?...hehe. masa kami p tu tgh hari, panas gler ... dia nampak cam byk tingkat kan tp sbenarnya 3 tingkat ja. Klau masuk dlm bangunan tu baru rasa senget, klau tgk dr luar x brp nampak sgt senget tu . hehe......